Syarikat “ Delivery Nasi Lemak Jambatan Tamparuli” ditubuhkan pada 14 Februari 2018. Jenis perniagaan kami ialah perniagaan perkongsian dengan nama perniagaan iaitu “ Delivery Nasi Lemak Jambatan Tamparuli”.Syarikat ini ditubuhkan oleh kumpulan kami yang terdiri daripada Muhammad Syafiq, Nur Diana, Siti Norlissah, Siti Nur Afiqah dan Mariam Sumiyyah. Nasi Lemak Jambatan Tamparuli ini kami diperoleh dari pembekal yang berada di Desa Ilmu, Kota Samarahan. Kami memilih Nasi Lemak ini juga kerana nasi lemak ini merupakan makanan tradisional dan makanan yang disukai oleh rakyat Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan oleh kami supaya kami dapat membantu pembekal untuk memasarkan nasi lemak ini kepada pelajar di dalam kawasan Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS. Selain itu, diharapkan juga agar perniagaan ini dapat membantu meningkatkan pendapatan pembekal selain dapat meningkatkan pengetahuan kami dalam perniagaan. Perkhidmatan penghantaran makanan ini dilakukan pada setiap pag...